top of page

Media 

Appearances.

  • @DrSalamiahOfficial
  • Instagram
  • Research Gate
  • Goggle Scholar Citation
  • @DrSalamiahOfficial
  • Instagram
  • Research Gate
  • Goggle Scholar Citation
  • @DrSalamiahOfficial
  • Instagram
  • Research Gate
  • Goggle Scholar Citation
utimasmesyua7_1581036548_edited.jpg
Barisan kepemimpinan baharu UTiMAS 2020-2022 selepas mesyuarat agung dwitahunannya Isnin lalu.

UTiMAS lantik presiden baharu

7 Februari 2020

​

SHAH ALAM: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS) memilih pensyarah Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur, Prof Madya Abd Rahim Awang sebagai presidennya yang baharu bagi sesi 2020-2022.

​

UTiMAS dianggotai kalangan profesor dan profesor madya universiti adalah platform interaksi antara kakitangan serta pihak pengurusan.

 

Abd Rahim menggantikan Prof Dr Sazili Sahibi dari Fakulti Pengurusan Maklumat.

 

Mesyuarat agung dwitahunan ke-8 persatuan itu di sini kelmarin juga melantik Prof Madya Dr Sarimah Ismail dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi selaku Timbalan Presiden.

 

Setiausaha pula ialah Prof Madya Dr Salamiah Jamal dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan;

 

Penolong Setiausaha Prof Madya Dr Chemah Tamby Chik (Pengurusan Hotel dan Pelancongan) manakala Bendahari Prof Madya Dr Norliza Aminudin (Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan).

 

Dalam ucapannya, Abdul Rahim berkata barisan baharunya akan menyambung perjuangan UTiMAS melaksanakan matlamat dan perjuangan dengan lebih tersusun.

 

Katanya, perjuangan kebajikan warga akademik akan menjadi keutamaan persatuan itu.

 

Lembaga Penasihat akan dibentuk dalam kalangan ahli yang pakar dalam berbagai bidang untuk mengukuhkan UTiMAS.

 

“Antara agenda utama UTiMAS adalah untuk memohon supaya gred perkhidmatan DM56 diwujudkan dalam skim perkhidmatan pensyarah UiTM sebagaimana yang ada dalam skim perkhidmatan doktor perubatan, di samping mempergiatkan penambahan ahli yang berkurangan disebabkan tiada kemasukan secara automatik,” kata.

 

UTiMAS, katanya akan merapatkan kesepakatan bersama pengurusan UiTM dan lain-lain kesatuan berkaitan.

 

“Kita juga akan berganding bahu dengan Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam usaha untuk memperkukuhkan perjuangan dan kebajikan warga UiTM,” katanya.

bottom of page